Friday, 17 October 2014

CEPAT..CEPAT..SPOTCHECK...!!


Assalamualaikum..hai semua!!

Cerita hari ni tak tau nak marah ke nak gelak..haha
           Hari ni tetiba budak kecik kat rumah ni buat spotcheck barang dalam beg mama..habis bersepah dibuatnya..hadoii...ingatkan kat sekolah dulu je yang dok selalu buat spotcheck-spotcheck ni...Memandai jelah budak ni...hehe..


sepah dibuatnya..nampak tangan pengawas kecik yang buat spotcheck?

             Haaaaa... nampak tu tangan budak yang dok buat sepah. Habis kantoi isi-isi barang dalam beg ni.haha..dah alang-alang tengah bersepah ni why not kita tengok barang yang ada dalam beg doraemon ni...Malu tapi nak jugak share..hihi..Jom..

ni lepas susun balik..haha

                 Yang pertama kena ada tu ofkoslah wallet, beg duit... ada dua tapi duitnye takde lah banyak mana ponnn..haha..satu tu untuk coin/ duit2 untuk belanja dan kad yang penting macam lesen kereta, kad ATM, IC, kad insurans..hi2..satu lagi wallet yang besar sikit tu untuk kad-kad yang tak de lah nak guna tiap masa..ada jugak cermin mata. Kalau tak bawak meraba pulak nak drive kalo time silau.. losyen Herbal Blend Shaklee memang penting untuk kecemasan..sentiasa ada dalam beg..he2..pill box yang comel warna hijau tu dari Shaklee..memang cute giler..so, saya tak payah lah nak bawak banyak-banyak botol supplement yang saya makan..
                   Buku nota yang hitam tu penting giler..itulah diary..itulah notebook..almaklum i ni da tua..banyak lupenya.. hahaha segala hal mak nenek ada dalam note tu...(haishhh nasib baik lah budak ni spotcheck beg ni time baru lepas kemas beg..kalau tak semua barang ada dengan segala barang budak ada dalam beg ni..pampers lah..botol susu budak lah..cekelet lah..haha)..
               Selain tu, buku panduan nutrisi Shaklee penting sangat..memang saya sentiasa bawak..sebab in case pelanggan Shaklee tanya macam-macam senanglah saya nak rujuk..Pelanggan ada hak untuk dapat info dari penjual..kan?? Memang betol click jari je kita boleh dapat info dalam internet tapi kalaulah internet problem, senang je boleh gunakan buku ni..lengkap semuanya..he2
            Kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya barang-barang dalam beg saya ni..banyak yang dah dikeluarkan...kan da kata tadi baru lepas kemas..hehe..haaa...tu isi beg saya.. saya da kongsi..anda pulak macam maner lah ye?
P/S: opsss lupe lak.. lepas siap-siap kemas balik barang yang disepah kononnya spotcheck tu kannn, budak bertuah ni dok sambung main kuda dia..siap bawak beg tangan merah hokeyhhh..Lenkali kita punggah beg die pulak..tengok apa yang ada..haha..(^_^)

budak pengawas spotcheck..mission accomplish katanya..

















Saturday, 23 August 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT???

Assalamualaikum...
    Hai semua..Semua da sedia maklum tahu yang saya ni merupakan pengedar sah Shaklee..hari ni nak bercerita lah sikit tentng Shaklee ni..Sikit ke?? Panjang berjelaaa..hehe.
 Kesihatan kita ni adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan..Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik..Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan berkeyakinan/ hebat..macam mana nak sihat??
Senang jawapannya..makan makanan yang sihat..pernah dengar pepatah," U ARE WHAT U EAT"?
     

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT?
1. Kita sering terdedah dengan pencemaran serta radikal bebas yang jejaskan kesihatan badan.
2. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.Hakikatnyanutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
3. Buahan dan sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atqu bahan kimia lain.
4. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, kurang bersukan, &merokok. 
5. Gaya pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
6. Gangguan serapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan gula, kafein, dan garam berlebihan.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya..



OK lah..kali ni biar takat ni je..sikit sikit lah saya cerita..okeyh? Nanti lain entry saya sambung lagi..daaaaa
~Yati~


Saturday, 16 August 2014

MEMANG JODOH DENGAN SHAKLEE..HE2

My 1st Supplement..!
***************
Hai semua! 
Apa khabar?Harap semua gembira ...happyyyyy 
Hari ni nak cerita kat korang semua tentang supplement yang saya makan.. Sebenarnya supplement yang saya makan buat pertama kalinya dalam hidup ni sewaktu saya mengandungkan anak saya Ainul.. 
        Sewaktu saya pregnantkan anak, saya alami tekanan yang teruk, tidur pun terganggu gilerr..dah lah selera makan memang tak berapa nak ada..yang boleh masuk dalam perut ni kebanyakkannya buah tembikai merah dan makanan berasas mee..kalau makan benda lain muntah..muntah je.. Tidur boleh mimpi siap bercakap pasal kerja...haha suami bengang je..Tambahan pula kerja, memerlukan saya  pergi ke banyak tempat... arrgghhh korang boleh bayang tak  kalau drive dari Sepang- Shah Alam- Petaling Jaya- Putrajaya- Cheras.. haahh banyak lagi lah..PENATT.. huhu..saya kerja apa?? biarlah rahsia..he2.
        Tapi saya syukur sangat kenal dengan sorang kawan kenalkan Shaklee pada saya..Waktu tu saya takde pikir panjang memang accept je nak cuba Shaklee ni.. korang bayangkan kalau kita (sayalah tuu), da terdesak nak kekal cergas tak nak penat sangat time kerja, balik rumah urus hal rumah lagikan..saya terima je cakap kawan tu.. tapi waktu tu saya cuma beli B-COMPLEX, OSTEOMATRIX, & VITA-LEA..dan baby dalam perut pon da 8 bulan dah..tak terpikir nak beli terus untuk berpantang (haisshhh rasa rugi sangat).

 ** VITA-LEA DILENGKAPI DENGAN 28 VITAMIN & MINERAL TERMASUKLAH ZAT BESI (PENTING UNTUK PEMBENTUKAN DARAH SEL MERAH) 

** B-COMPLEX BERTINDAK SEBAGAI ANTI-STRESS & BERI TENAGA (ADA FOLIC ASID)

** OSTEOMATRIX GABUNGAN KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D, ZINK, FOSFORUS DAN MINERAL LAIN SPT BORON DAN MANGANESE.

        Syukur sangat, apa yang saya perasan bila saya makan Shaklee, saya masih tak berapa nak ada selera makan TAPIII...Alhamdulillah kencing manis, tekanan darah, semua bila check klinik OK jeewww.. Apa yang best..kaki saya tak bengkak langsung macam mak-mak yang mengandung (tengok kaki diorang bengkak giler macam kena gigit binatang..hihi..), bila tidur malam kaki dah takde kejang-kejang da..


       Ada yang lagi best, tepat 18/08/2012 (esoknya dah nak Raya Aidilfitri..hihi) jam 7 malam saya masuk Labour Room di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), then push punye push, 7.20 malam tengah azan tu lahirlah seorang  puteri yang comel gilerrr..huhu menitis air mata mak ni...wahhhh teringat balik macam nak tambah lagi sorang cepat-cepat..
okeyh..okeyh..nak feling-feling balik..byeeee...(^_^)
P/S: Lenkali saya citer pasal KPMC lah pulak yeee...tata.


puteri comel mama dan ayah..
macam budak cina plakkk..


Saturday, 9 August 2014

Hellooooo..Ya..saya pengedar sah Shaklee anda..(^-^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa khabar?
Harap semua sihat lah yee...
Entry kali ni saya cuma hendak hebahkan yang saya sekarang Pengedar sah Shaklee.. Saya memang merupakan pengedar sah Shaklee, tapi saya bukan hanya sekadar menjual produk malah saya juga pengguna Multi vitamin Shaklee..since 2012 lagi tapi sekaranglah baru terhegeh-hegeh nak join Shaklee ni..semuanya bermula sebab nak menggunakan set Berpantang Shaklee..he2..Alhamdulillah tahap kesihatan lebih baik dari dulu..Badan Sihat, Hidup pun Lebih Ceria..!! Saya tak sabar hendak berkongsi maklumat-maklumat kesihatan, kehidupan, suka duka kegembiraan hidup saya bersama anda semua..;)
       "SHAKLEE janjikan SELAMAT.BERKESAN.MESRA ALAM.."