Saturday 23 August 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT???

Assalamualaikum...
    Hai semua..Semua da sedia maklum tahu yang saya ni merupakan pengedar sah Shaklee..hari ni nak bercerita lah sikit tentng Shaklee ni..Sikit ke?? Panjang berjelaaa..hehe.
 Kesihatan kita ni adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan..Kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik..Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan berkeyakinan/ hebat..macam mana nak sihat??
Senang jawapannya..makan makanan yang sihat..pernah dengar pepatah," U ARE WHAT U EAT"?
     

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT?
1. Kita sering terdedah dengan pencemaran serta radikal bebas yang jejaskan kesihatan badan.
2. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.Hakikatnyanutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
3. Buahan dan sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atqu bahan kimia lain.
4. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, kurang bersukan, &merokok. 
5. Gaya pemakanan kebanyakan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang.
6. Gangguan serapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan gula, kafein, dan garam berlebihan.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya..



OK lah..kali ni biar takat ni je..sikit sikit lah saya cerita..okeyh? Nanti lain entry saya sambung lagi..daaaaa
~Yati~


Saturday 16 August 2014

MEMANG JODOH DENGAN SHAKLEE..HE2

My 1st Supplement..!
***************
Hai semua! 
Apa khabar?Harap semua gembira ...happyyyyy 
Hari ni nak cerita kat korang semua tentang supplement yang saya makan.. Sebenarnya supplement yang saya makan buat pertama kalinya dalam hidup ni sewaktu saya mengandungkan anak saya Ainul.. 
        Sewaktu saya pregnantkan anak, saya alami tekanan yang teruk, tidur pun terganggu gilerr..dah lah selera makan memang tak berapa nak ada..yang boleh masuk dalam perut ni kebanyakkannya buah tembikai merah dan makanan berasas mee..kalau makan benda lain muntah..muntah je.. Tidur boleh mimpi siap bercakap pasal kerja...haha suami bengang je..Tambahan pula kerja, memerlukan saya  pergi ke banyak tempat... arrgghhh korang boleh bayang tak  kalau drive dari Sepang- Shah Alam- Petaling Jaya- Putrajaya- Cheras.. haahh banyak lagi lah..PENATT.. huhu..saya kerja apa?? biarlah rahsia..he2.
        Tapi saya syukur sangat kenal dengan sorang kawan kenalkan Shaklee pada saya..Waktu tu saya takde pikir panjang memang accept je nak cuba Shaklee ni.. korang bayangkan kalau kita (sayalah tuu), da terdesak nak kekal cergas tak nak penat sangat time kerja, balik rumah urus hal rumah lagikan..saya terima je cakap kawan tu.. tapi waktu tu saya cuma beli B-COMPLEX, OSTEOMATRIX, & VITA-LEA..dan baby dalam perut pon da 8 bulan dah..tak terpikir nak beli terus untuk berpantang (haisshhh rasa rugi sangat).

 ** VITA-LEA DILENGKAPI DENGAN 28 VITAMIN & MINERAL TERMASUKLAH ZAT BESI (PENTING UNTUK PEMBENTUKAN DARAH SEL MERAH) 

** B-COMPLEX BERTINDAK SEBAGAI ANTI-STRESS & BERI TENAGA (ADA FOLIC ASID)

** OSTEOMATRIX GABUNGAN KALSIUM, MAGNESIUM, VITAMIN D, ZINK, FOSFORUS DAN MINERAL LAIN SPT BORON DAN MANGANESE.

        Syukur sangat, apa yang saya perasan bila saya makan Shaklee, saya masih tak berapa nak ada selera makan TAPIII...Alhamdulillah kencing manis, tekanan darah, semua bila check klinik OK jeewww.. Apa yang best..kaki saya tak bengkak langsung macam mak-mak yang mengandung (tengok kaki diorang bengkak giler macam kena gigit binatang..hihi..), bila tidur malam kaki dah takde kejang-kejang da..


       Ada yang lagi best, tepat 18/08/2012 (esoknya dah nak Raya Aidilfitri..hihi) jam 7 malam saya masuk Labour Room di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), then push punye push, 7.20 malam tengah azan tu lahirlah seorang  puteri yang comel gilerrr..huhu menitis air mata mak ni...wahhhh teringat balik macam nak tambah lagi sorang cepat-cepat..
okeyh..okeyh..nak feling-feling balik..byeeee...(^_^)
P/S: Lenkali saya citer pasal KPMC lah pulak yeee...tata.


puteri comel mama dan ayah..
macam budak cina plakkk..


Saturday 9 August 2014

Hellooooo..Ya..saya pengedar sah Shaklee anda..(^-^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa khabar?
Harap semua sihat lah yee...
Entry kali ni saya cuma hendak hebahkan yang saya sekarang Pengedar sah Shaklee.. Saya memang merupakan pengedar sah Shaklee, tapi saya bukan hanya sekadar menjual produk malah saya juga pengguna Multi vitamin Shaklee..since 2012 lagi tapi sekaranglah baru terhegeh-hegeh nak join Shaklee ni..semuanya bermula sebab nak menggunakan set Berpantang Shaklee..he2..Alhamdulillah tahap kesihatan lebih baik dari dulu..Badan Sihat, Hidup pun Lebih Ceria..!! Saya tak sabar hendak berkongsi maklumat-maklumat kesihatan, kehidupan, suka duka kegembiraan hidup saya bersama anda semua..;)
       "SHAKLEE janjikan SELAMAT.BERKESAN.MESRA ALAM.."